Maahad Tahfiz Wal Qiraat An-Nur

 SISTEM PENDIDIKAN ISLAM

 

        Sistem pendidikan yang di amalkan di An-Nur dari keseimbangan di antara akademik dan deeniyah. Matapelajaran akademik adalah mengikut silibus yang telah di terima pakai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sementara matapelajaran deeniyah adalah mengikut silibus yang diterima pakai oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK ) dengan penekanan terhadap pendidikan Al-Quran sebagai subjek teras.

          Dengan persepaduan dua sistem ini, An-Nur dijangka dapat melahirkan landasan pelajar yang berilmu, beramal serta bertaqwa dan seterusnya melahirkan masyarakat yang beramal dengan kesyumulan hidup Islam.

 

Tahap persekolahan terbahagi kepada dua iaitu :-

 

                      I.        Tahap 1  ;  pelajar tahun 1, 2 dan 3.

                    II.        Tahap 2  ;  pelajar tahun 4, 5 dan 6.

 

Waktu / Sesi pembelajaran :-

 

            Masa pembelajaran bermula dari jam 7.40 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang dengan rehat, makan dan solat Zohor secara berjemaah pada jam 1.40 petang.

     Pendidikan Al-Quran diajar pada jam 2.00 – 5.00 petang dengan mewajibkan pelajar solat Asar berjemaah sebelum mereka pulang. Masa ulangkaji, solat berjemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti lain adalah mengikut jadual yang telah ditentukan oleh pihak sekolah bagi pelajar-pelajar yang tinggal di asrama.

 


 KEADAAN PADA MASA KINI

 

i.          Pada masa ini SRI AN-NUR masih di tahap pembinaan yang masih tidak mencukupi, baik dari segi prasarana, kemampuan dan sebagainya. Kompleks ini masih memerlukan bantuan dana kewangan yang cukup besar.


 ii.         Dengan berdasarkan pada fakta di atas pihak sekolah sedang menilai dengan serius kekurangan bilik darjah (dengan pelajar yang kian meningkat ) ketiadaan pusat giat guru, makmal sains dan perpustakan untuk kegiatan perkembangan murid. Semua ini perlu di atasi segera. Oleh itu bangunan baru perlu di siapkan segera.


 ii.        Pada masa ini SRI An-Nur mempunyai 18 orang guru dan seorang kerani. Guru-guru yang di ambil mempunyai pelbagai kelayakan. Di antara mereka ada yang berkelulusan Universiti Al-Azhar, STPM, STU dan Diploma Tahfiz. Bagi mengawal mutu pengajaran, guru-guru di hantar berkursus samada yang di anjurkan oleh pejabat pendidikan atau anjuran pihak sekolah dengan kerjasama tenaga pengajar mahir dalam bidang pendidikan.

 

iv.        Selain dari masa belajar secara formal pelajar-pelajar SRI An-Nur di asuh dengan pelbagai aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada mereka baik dari segi akademik mahupun deeniyah. Di antara aktiviti yang di jalankan bagi menaikkan taraf pencapaian akademik dan deeniyah termasuklah :

 

   i)  Mengadakan kelas tambahan untuk UPSR selalunya dikendalikan pada waktu petang dan hari minggu, oleh guru- guru yang berpengalaman.

  ii)   Kelas pemulihan bagi pelajar lemah dalam setiap matapelajaran.

 iii)   PRA tahfiz yang dikendalikan oleh guru tahfiz mahir.


PERANCANGAN

PADA MASA DEPAN

 

 

Sekolah  Rendah Islam An Nur mendapat kelulusan di Bahagian Pendidikan Swasta pada 14.4.1980. Ia merupakan sebuah sekolah agama swasta yang berada di tengah-tengah  Bandar Kota Bahru  bernombor kelulusan SRS 04001 dan PP.Kn 512 sebagai nombor Perakuan Pendaftaran JPN Kelantan.

Sekolah ini di miliki oleh 100 % Bumipura Islam. Di keluasan tanah menghampiri satu ekar tersergam beberapa blok institusi pendidikan yang telah beroperasi hampir 2 dekad. Pembinaan sekolah ini juga dikenali dengan nama Kompleks  Tarbiyyah  An Nur yang telah menelan belanja menghampiri 4 juta ringgit. Pada masa ini  satu blok bangunan berketinggian 5 telah berjaya disiapkan. Blok ini merupakan blok penempatan asrama dan kelas-kelas.

Walaubagaimanapun, satu lagi blok bangunan berketinggian 4 tingkat masih dalam pembinaan. Tingkat dua dan tiga masih memerlukan sejumlah dana yang besar sebelum dapat disempurnakan sepenuhnya.

Setelah fasa kelas-kelas, pihak kompleks merancang untuk menyiapkan pembinaan sebuah masjid 5 tingkat yang bakal menempatkan makmal, bilik mesyuarat, bilik pandang dengar, dewan dan sebagai pusat aktiviti kompleks.pembinaan masjid ini dijangka menelan modal kerja sebanyak RM2.5 juta. Pada masa kini, pihak pentadbiran sedang giat mencari dana untuk pembangunan mahupun dana operasi harian kompleks ini.

Fasa terakhir dalam pelan kompleks ini ialah bagi menyiapkan deretan rumah kedai. Rumah kedai ini adalah satu cara penyaluran  masuk dana untuk aktiviti-aktiviti kompleks pada masa akan datang.

 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola