BADAN PENGURUSAN
KOMPLEKS TARBIYYAH AN- NUR
1. Tn. Hj Mohd Nordin b. Wan Adam
Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab kepada kewujudan Kompleks Tarbiyyah An-Nur dan pernah bertugas di beberapa syarikat korporat antarabangsa dan agensi kerajaan. Beliau merupakan pakar dalam bidang ekonomi. Setelah bersara di SEDC Kelantan, beliau telah memulakan kerjaya sebagai pemaju perumahan. Tn Hj Mohd Nordin merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan sekolah SRI di Malaysia. Sebelum berada di An- Nur, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan Sekolah Hikmah ,yang mana ianya merupakan SRI pertama di Kota Bahru. Latarbelakang pendidikan agama telah diperolehi beliau dari ayahandanya yang merupakan seorang ulama yang tidak kurang hebatnya di Kelantan. Oleh itu, beliau merupakan seorang tokoh professional dalam kedua-dua bidang agama dan ekonomi. Selain daripada itu, beliau merupakan seorang aktivis masyarakat yang aktif di Kelantan. Bagi menjayakan kompleks Tarbiyyah An-Nur, beliau telah menghabiskan jutaan ringgit untuk membangunkan kompleks ini. Sehingga kini, beliau masih aktif sebagai Pengerusi Jemaah Pengelola Kompleks Tarbiyyah An-Nur.
2. Tn. Hj Wan Mohd Ameenul Rahman b. Hj Mohd Nordin
Beliau merupakan tokoh muda yang dibawa masuk pada awal tahun 2008 untuk melaksanakan kerja pengurusan tahfiz dan dana pembangunan kompleks ini. Berkelulusan daripada Universiti Al-Azhar, dan merupakan salah seorang penterjemah Bahasa Arab terbaik di Malaysia. Selain dari itu, beliau mempunyai hubungan antarabangsa yang meluas, Di samping itu, beliau juga mahir dalam kemahiran ICT. Beliau dilahirkan dalam lingkungan keluarga ulama’ yang terkenal di Kota Bharu. Oleh itu, tradisi keilmuan sudah menjadi sebati dalam diri beliau sejak dari kecil lagi.
3. Pn Salina bt. Abd Kadir
Beliau merupakan setiausaha kerja di Kompleks Tarbiyyah An-Nur. Sebelum berada di An-Nur, Pn Salina Abd Kadir turut aktif dalam NGO samada dalam dan luar negeri. Di samping itu, beliau amat bertanggungjawab dalam menguruskan dan mencari dana untuk penambahbaikan kompleks ini ke arah yang lebih membangun dan berdaya saing.